Arrow
Arrow
Slider

Lebih dari 90% ahli perniagaan menggunakan offset printing seperti flyers, brochure, business card & banyak lagi sebagai medium pengiklanan. Percaya atau tidak, hasilnya lebih dari 200% jualan dijana.

 

Klik sini ketahui cara untuk meningkatkan sales disini

 

BAGAIMANA KAMI MEMBANTU ANDA

OFFSET & DIGITAL PRINTING DISPLAY SYSTEM & BANNER

OFFSET & DIGITAL PRINTING

Offset printing adalah teknik biasa yang digunakan oleh ahli perniagaan untuk mempromosikan peniagaan mereka. Seringkali kita terjumpa flyer yang terselit di wiper cermin kereta kita. Kita terpaksa untuk mengambil flyer tersebut dan jika iklan tersebut menarik perhatian kita. Kita akan simpan flyer tersebut untuk tatapan akan datang.

Sekiranya pun kita membuang flyer tersebut, akan ada yang lain potential customers akan melakukan perkara di atas. Ini adalah salah satu teknik marketing yang digunakan ahli perniagaan terkemuka untuk menjana jualan mereka.

Antara di dalam katagori offset printing adalah Business Card, Flyers, Brochure, Booklet, Table Calendar, Tent Card, Pocket Calendar, Folder, Envelope, Poster, NCR Bill Book, Letterhead and Paperbag.

DISPLAY SYSTEM & BANNER

Display System & Banner adalah satu medium pengiklanan yang lebih memfokuskan produk anda. Ianya selalu digunakan untuk menarik perhatian pelanggan kerana seperti banner, saiznya lebih besar dan capaian kepada pelanggan lebih tinggi. Banner selalu digunakan jika terdapat promosi-promosi hebat dan diletakkan di tempat yang senang dilihat pelanggan seperti tiang lampu, depan kedai, shopping mall dan banyak tempat lain lagi.

Dengan kos yang murah untuk display system & banner dapat meningkatkan lagi margin keuntunggan sesebuah syarikat. Selalu kita lihat jika syarikat seperti Metrojaya, Jakel, Sport Direct, dan banyak syarikat lain menggunukan banner dan diletakkan sepanjang jalan ke tempat perniaagan mereka. Tidak terhad kepada zon tempat perniaagan mereka sahaja, malah di seluruh Malaysia mereka meletakkan banner mereka.

Antara produk di dalam katagori Display Sistem & Banner adalah Banner, Bunting, Rollup Banner, Windflag, X-Stand, T-Stand, Backdrop, Promo Counter, L-Stand, Stand, Brochure Stand, Series.

PROSES TEMPAHAN

Jom baca tips tips printing, pemasaran produk, cara-cara membuat promosi & banyak lagi. (klik sini untuk baca tips)

TERIMA QUOTATION >

Selepas anda membuat tempahan secara email (sales@ultraprint.my) atau secara online (klik sini untuk tempah online) atau secara di social media (Facebook, Instagram) atau secara talian (+60 13-579 2564), anda akan menerima quotation dari kami melalui email. Jika anda bersetuju dengan harga, terma dan syarat kami.

PENYEDIAAN ARTWORK >

Selepas terima quotation dari kami, anda setuju dengan harga, terma dan syarat kami, proses seterusnya adalah anda email (sales@ultraprint.my) atau hantarkan ke premis perniagaan kami (klik sini untuk ketahui di mana premis kami) Artwork Sample secara soft copy sama ada di dalam format Ai, PSD, PDF atau format yang berkaitan dengan Artwork anda. Jika anda tiada kemahiran untuk menyediakan Artwork Sample, jangan risau, team kami mampu untuk menyediakan Artwork untuk anda, anda hanya perlu beritahu kami sewaktu membuat tempahan. Jika anda bertuah, Artwork design kami akan berikan secara percuma.

TERIMA ARTWORK >

Proses seterusnya adalah pihak kami akan menilai Artwork dari anda. Proses ini penting kerana kami mengamalkan konsep What You See Is What You Get (WYSIWYG). Apa yang tercatat & dilampirkan di dalam Artwork anda akan dipaparkan pada Final Product anda. Pihak kami akan sekali lagi mengesahkan dengan anda bahawasanya artwork tersebut adalah muktamad. Sebarang perubahan selepas Artwork disahkan adalah tidak digalakkan sama sekali.

PEMBAYARAN

Selepas Artwork disahkan, proses seterusnya adalah pembayaran. Kami mengenakan deposit sebanyak 60% dari jumlah keseluruhan tempahan untuk permulaan dan selebihnya dibayar sewaktu produk siap. Maklumat pembayaran seperti bank, nombor akaun bank akan diberikan di dalam email yang akan dihantar oleh pihak kami. Sila maklumkan kepada kami jika pembayaran sudah dibuat (klik sini untuk Borang Notifikasi Pembayaran). Kami akan mengesahkan dahulu pembayaran (semak baki akaun bank), jika pembayaran diterima, kami akan ke proses seterusnya.

PROSES PRINTING

Kami akan memulakan proses printing, anda tidak akan terlibat dengan proses ini, anda tidak perlu potong kertas, lipat kertas, gunting kertas, isi ink printer, baiki mesin, tekan butang print, buang lebihan kertas, masukkan surat dalam sampul, packaging. Biar kami buatkan untuk anda, kami selesaikan semuanya. Anda hanya perlu fikirkan strategi pemasaran perniagaan anda, anda hanya perlu tunggu produk siap.

PRODUK SIAP & PENGHANTARAN

Setelah produk siap, kami akan hubungi anda untuk proses penghantaran samada anda datang ke premis kami (klik sini untuk ketahui premis kami) atau secara pos. Anda nilaikan kualiti produk, jika anda tidak berpuas hati anda boleh hubungi kami untuk proses selanjutnya. Jika anda berpuas hati, anda boleh mulakan proses seterusnya iaitu pemasaran. Jika anda tidak keberatan, anda boleh isi borang penilaian dan maklum balas berkenaan servis kami (klik sini untuk borang penilaian dan maklum balas). Maklum balas anda amat kami hargai supaya kami lebih maju dan beri servis yang terbaik untuk anda.

A WORD FROM OUR MANAGER

Terima kasih diucapakan kepada anda kerana melayari website kami. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada anda semua kerana telah menempah dengan kami. Kami percaya jika anda menempah di ULTRAPRINT, anda mempercayai servis kami. Kami di ULTRAPRINT tekad untuk berikan servis yang terbaik dan juga bersungguh-sungguh untuk memajukan syarikat kami di peringkat global.

 

Seringkali saya terdengar bahawa ada pengusaha perniagaan yang kurang mendapat sambutan. Pelanggan kurang mengenali produk pengusaha perniagaan tersebut. Juga saya terdengar terdapat pengusaha perniagaan terpaksa menutup perniagaannya akibat jualan tidak mencapai sasaran untuk terus maju. Ramai pengusaha yang tidak tahu mereka boleh untuk mempromosikan perniagaan mereka melalui Offset & Digital Printing dan Display system & Banner dengan kos yang berpatutan dan berkualiti.

 

Pemasaran atau juga yang selalu diperkatakan 'Marketing' adalah satu perkara yang luas. Suka untuk saya ingatkan kepada pelanggan saya bahawa masukkan elemen 4P (Product, Price, Promotion, Place) dalam setiap strategi pemasaran anda. Apa yang ULTRAPRINT dapat membantu untuk pemasaran anda adalah dengan menyediakan servis cetakan alatan pemasaran untuk perniagaan anda dengan harga yang berpatutan dan berkualiti. Apa yang diharapkan oleh kami adalah untuk menyaksikan perniagaan anda berjaya seterusnya kami menjadi penyedia servis cetakan tetap untuk anda.

Fitri Amirul
Manager,
ULTRAPRINT

 

Sebarang Pertanyaan atau Persoalan?

Isi borang dibawah untuk ajukan pertanyaan kepada kami. Kami akan balas pertanyaan anda dalam masa 24 jam.